Sejarah Tingkatan 4 KSSM - Flip eBook Pages 251-264 (2025)

243 Peringkat Antarabangsa Sebagai negara yang mencapai kemerdekaan, negara kita mula memainkan peranan penting pada peringkat antarabangsa melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Komanwel. Dasar Luar Kerajaan memberikan perhatian melalui pengukuhan Kementerian Luar. Pada awal tahun 1957, kumpulan pertama pegawai dihantar ke Britain untuk mendapatkan latihan. Antara tokoh yang berperanan penting dalam usaha menentukan dasar luar negara termasuklah Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie dan Dr. IsmailAbdul Rahman yang pernah dilantik menjadi Menteri Luar. Negara kita juga menjalinkan hubungan dengan negara luar seperti Indonesia, India, Australia, New Zealand, Mesir dan Jepun. Menganggotai Komanwel Apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka, negara kita juga diterima untuk menyertai pertubuhan Komanwel. Pertubuhan Komanwel bermanfaat untuk merapatkan hubungan sosioekonomi dengan negara ahli. Komanwel juga menjadi medan untuk negara kita mempamerkan komitmen terhadap isu yang dihadapi oleh negara anggota. Pertahanan Negara Sebelum merdeka, negara kita dilindungi melalui pembentukan kerjasama pertahanan Britain, Australia dan New Zealand. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman ingin mengekalkan hubungan baik dengan Britain dan negara Komanwel. Keadaan negara yang belum mempunyai kekuatan pertahanan menyebabkan negara memerlukan bantuan Britain ketika itu dengan memeterai perjanjian pertahanan yang dinamakan Anglo Malayan Defence Agreement (AMDA) pada tahun 1957. Penyertaan dalam Blok Sterling Penyertaan ini bermaksud negara menggunakan Pound Sterling dalam urusan perdagangan antarabangsa. Kedudukan Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara yang berpendapatan tinggi daripada hasil getah dan bijih timah memperkuat kedudukan mata wang Pound Sterling. Penyertaan Persekutuan Tanah Melayu yang mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh dalam Sistem Keutamaan Tarif Komanwel (Commonwealth Preferential Tariff System) turut memperkukuh kedudukan ekonomi ahli-ahlinya. Diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Negara kita diterima menjadi ahli PBB dalam persidangannya pada 17 September 1957. Negara kita merupakan anggota PBB yang ke-82. Bendera negara kita dikibarkan dalam satu upacara rasmi di ibu pejabat PBB di New York pada 15 Oktober 1957. Dengan menyertai PBB, negara kita turut menjunjung prinsip PBB untuk melindungi hak asasi manusia. 10 BAB Dr. Ismail Abdul Rahman bersama-sama dengan Mr. Dag Hammerskjoeld, Setiausaha Agung PBB pada 14 Mac 1959. Sumber: Malaysia. Arkib Negara Malaysia, 2006. Arkib Warisan Eksklusif. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Komanwel ialah pertubuhan sukarela yang dianggotai oleh negara merdeka yang pernah dijajah oleh British. Misi Pengaman PBB Negara kita turut terlibat dalam misi pasukan pengaman PBB di Congo. Pemilihan ini menggambarkan kepercayaan dan pengiktirafan tertinggi PBB kepada sebuah negara baharu untuk bersama-sama terlibat dalam pengurusan konflik antarabangsa.

244 10 BAB Ekonomi Selepas mencapai kemerdekaan, kerajaan melakukan pelbagai usaha untuk membangunkan ekonomi negara. Rancangan Malaya Pertama 1956–1960 Rancangan ini bertujuan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dengan tumpuan pada sektor luar bandar. Selain itu, kerajaan mempelbagaikan keluaran pertanian supaya tidak hanya bergantung pada pengeluaran getah, di samping menambahkan peluang pekerjaan bagi mengurangkan kadar kemiskinan. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Badan ini ditubuhkan pada tahun 1956 untuk memajukan tanah baharu secara besar-besaran bagi pertanian dan penempatan semula masyarakat. Keluarga dari kawasan luar bandar dipindahkan ke rancangan tanah FELDAuntuk menanam getah atau kelapa sawit. Perumahan dan kemudahan asas disediakan untuk peneroka. Institusi Kewangan Tempatan Malay National Bank atau Bank Kebangsaan Melayu merupakan bank pertama khusus untuk orang Melayu yang ditubuhkan di Klang Street, Kuala Lumpur oleh Maarof Zakaria. Bank Negara pula mula beroperasi pada 26 Januari 1959, bagi menggalakkan kestabilan kewangan dengan menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi negara kita. Selain itu, terdapat juga Kwong Yik Bank yang ditubuhkan pada 1913 di Kuala Lumpur. Pembangunan Luar Bandar Kementerian Pembangunan Luar Bandar diwujudkan pada 17 November 1959, hasil penstrukturan pentadbiran yang bertanggungjawab untuk membangunkan infrastruktur, sosial dan ekonomi luar bandar. Majlis Pembangunan Luar Bandar pula ditubuhkan pada peringkat negeri dan daerah bagi merancang dan menyelaraskan pelaksanaan projek pembangunan. Kerajaan memberikan keutamaan kepada penyediaan kemudahan asas untuk penduduk luar bandar. Rancangan Buku Merah Rancangan Buku Merah dilancarkan pada 25 Januari 1961. Buku ini mengandungi projek berkaitan dengan kemudahan asas seperti jalan kampung, jambatan, surau, bekalan air dan bekalan elektrik. Pemantauan dan maklum balas berdasarkan rekod yang terdapat dalam Buku Merah diletakkan di dalam Bilik Gerakan Kemajuan Negara pada peringkat daerah, negeri dan pusat. Walaupun kerajaan berusaha membangunkan kawasan luar bandar, peruntukan yang tidak mencukupi menjadi penghalang. Keadaan ini menyebabkan beberapa program pembangunan menghadapi masalah seperti pembinaan sekolah, pusat kesihatan serta penyediaan bekalan air dan elektrik di kawasan luar bandar. Majlis perasmian Bank Negara oleh Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1959. Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia.

245 10 BAB Sosial Sejak mencapai kemerdekaan, kerajaan memberikan banyak tumpuan dalam pembangunan sosial seperti pendidikan, kedudukan bahasa Melayu, kesihatan dan kemudahan sosial. Pendidikan Pendidikan merupakan wadah untuk membina sebuah bangsa bagi negara yang bersatu. Kerajaan mengeluarkan Penyata Rahman Talib bagi mengkaji semula Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 yang lalu. Penyata ini memberikan penekanan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka Kedudukan bahasa Melayu semakin kukuh apabila Fasal 1 Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menetapkan bahawa bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasa kebangsaan. Dengan itu, Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru, Johor, sebagai sebuah jabatan di bawah Kementerian Pelajaran. Jabatan Penerangan Penubuhan jabatan ini bertujuan menyampaikan maklumat tentang peristiwa di dalam dan di luar negara. Hal ini selaras dengan fungsinya sebagai lidah rasmi kerajaan untuk menerangkan kepada rakyat berkaitan dengan falsafah, dasar dan wawasan negara terutama menjelang kemerdekaan dan pada tahun-tahun awal negara merdeka. Kesihatan Pusat kesihatan dan hospital ditubuhkan untuk meningkatkan sosioekonomi penduduk luar bandar. Ketika mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, negara mempunyai sebanyak 65 buah hospital. Kementerian Kesihatan memainkan peranan penting dalam pemulihan isu sosial serta pembangunan masyarakat demi kesejahteraan rakyat. Kemudahan Asas Penyediaan kemudahan asas dan infrastruktur kepada masyarakat juga diberikan perhatian oleh kerajaan pada awal kemerdekaan. Kemudahan bekalan elektrik dan air bersih diutamakan demi keselesaan dan kesihatan penduduk. Kemudahan ini juga untuk membantu usaha meningkatkan taraf hidup, di samping merapatkan jurang antara penduduk luar bandar dengan bandar. Tempoh pengisian awal kemerdekaan merupakan tempoh penting dalam sejarah negara. Tempoh ini penting kerana kerajaan pada masa ini perlu mempelajari dan mencari pengalaman yang boleh digunakan untuk membina sebuah negara yang makmur. Oleh sebab itu, sebagai warganegara, kita seharusnya bersyukur dengan nikmat kemerdekaan yang dicapai pada hari ini. Sebahagian penduduk menghadiri kelas yang dianjurkan oleh kerajaan untuk membangunkan sektor pendidikan pada awal kemerdekaan. Sumber: Arkib Negara Malaysia.

246 Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu Bagi sebuah negara yang merdeka, kedaulatan merujuk kuasa tertinggi yang menentukan sesebuah negara bebas daripada kongkongan kuasa luar. Wilayah pengaruh, kerajaan, keunggulan undang-undang, lambang dan rakyat merupakan aspek kedaulatan negara kita. Kita dapat menentukan sendiri nasib rakyat dan hala tuju negara melalui kemerdekaan. Selepas merdeka, Persekutuan Tanah Melayu memperoleh kedaulatan atau kuasa tertinggi. Kedaulatan ini membolehkan kita membuat keputusan tentang hal yang berhubung dengan pentadbiran dan politik negara. Wilayah pengaruh merujuk kawasan yang mempunyai sempadan untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, pembentukan Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Johor, Kelantan dan Terengganu. Setiap negeri berdaulat diketuai oleh sama ada Sultan atau Raja, Yang di-Pertuan Besar atau Yang Dipertua Negeri. Kerajaan merupakan institusi yang bertanggungjawab untuk menguruskan dan mentadbir negara. Kerajaan terbahagi kepada tiga komponen utama, iaitu Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman. Dalam amalan demokrasi, kuasa memerintah dipegang oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Dalam konteks ini, rakyat bertanggungjawab memilih wakil mereka melalui pilihan raya. Suasana semasa persidangan pertama parlimen Persekutuan Tanah Melayu di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Selangor. Bangunan ini kini dikenali sebagai Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC). Sumber: Malaysia. Arkib Negara Malaysia, 2007. Merintis Denai Demokrasi. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia. Negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu 1957. Sumber: pmr.penerangan.gov.my. Dicapai pada 12 Ogos 2019. 10.5 10 BAB

247 10 BAB Kedaulatan undang-undang bermaksud kerajaan dan rakyat keseluruhannya tertakluk di bawah undang-undang. Kedaulatan undang-undang penting bagi memastikan keamanan negara dapat dikekalkan demi kesejahteraan negara. Kandungan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 menjadi asas kedaulatan negara yang merdeka dan memelihara hak rakyat. Murid secara berkumpulan bergilir-gilir memberikan respons terhadap perkara yang berikut secara lisan: i. Bezakan maksud dan s i m b o l p a d a J a t a Negara 1957 dan kini. ii. Apakah kepentingan Jata Negara? iii. Bagaimanakah kita menghormati lambang negara kita? Pusingan Robin (Round Robin) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Sumber: Arkib Negara Malaysia. Meneroka Bukti Buktikan perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara. Lambang kebangsaan seperti Jata Negara, lagu kebangsaan, bendera kebangsaan dan bunga kebangsaan merupakan identiti dan jati diri rakyat. Lambang ini juga menjadi simbol perpaduan. Setiap elemen pada lambang ini mempunyai pengertian berdasarkan sosiobudaya dan sejarah negara. Oleh sebab lambang ini mempunyai nilai kedaulatannya tersendiri dan lambang jati diri negara, kita perlu memberikan penghormatan kepada simbol rasmi negara. Jata Negara 1957. Sumber: Arkib Negara Malaysia. Pengiktirafan sebagai rakyat membolehkan kita mendapat hak asasi, iaitu hak yang dimiliki oleh seseorang individu di sisi undang-undang seperti kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat. Sebagai warganegara, kita perlu mematuhi perlembagaan. Rakyat mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap negara dan negara juga mempunyai hak terhadap rakyat. Semua pihak bertanggungjawab untuk menggunakan hak masing-masing dengan bijak bagi mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara. Kempen ketika Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 . Sumber: Arkib Negara Malaysia. Prinsip kedaulatan, iaitu kuasa tertinggi yang diperoleh melalui perjuangan yang berliku perlu dikekalkan bagi menjamin kemakmuran dan kesejahteraan negara. Kemerdekaan yang diperoleh wajar dipertahankan dengan sepenuh jiwa dan raga. Kemerdekaan yang berkait rapat dengan kedaulatan menuntut kita memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap ibu pertiwi. Semangat jiwa merdeka generasi lalu dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara perlu diteladani dan disyukuri supaya generasi akan datang terus menikmati kedaulatan negara yang dicintai ini.

248 3 5 2 4 1 10 BAB Persediaan Menyambut Pemasyhuran Kemerdekaan Negara • Jawatankuasa Persediaan Fizikal • Jawatankuasa Sambutan Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita • Politik • Ekonomi • Sosial Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu • Kedaulatan • Wilayah Pengaruh • Kerajaan • Kedaulatan Undang-undang • Lambang Kebangsaan • Pengiktirafan sebagai Rakyat Detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara • Detik 12:00 tengah malam • Peristiwa Bersejarah di Stadium Merdeka PEMASYHURAN KEMERDEKAAN Pengertian Kemerdekaan

249 10 BAB Aktiviti 1: Fikir-Pasang-Kongsi (Think-Pair-Share) Arahan 1. Murid dikehendaki memikirkan maksud topik laporan khas di bawah. 2. Murid dikehendaki menjawab soalan yang diberikan secara individu. 3. Bersama-sama dengan rakan, bincangkan petikan dan soalan yang diberikan. 4. Kongsi maklumat dan pendapat/hasil perbincangan dengan atau kumpulan lain. (a) Ceritakan peristiwa yang dilalui oleh tokoh dalam petikan di atas. (b) Apakah perasaan tokoh tersebut ketika menyaksikan peristiwa bersejarah ini? (c) Andaikan anda berada semasa peristiwa bersejarah tersebut, apakah perasaan anda? Mengapa? (d) Bagaimanakah peristiwa di atas dapat dihayati oleh generasi kini? Sebahagian petikan daripada akhbar Utusan Malaysia, 03 September 2011.

250 10 BAB Aktiviti 2: Saya Lihat, Saya Fikir, Saya Tanya (I See, I Think, I Wonder) Arahan: 1. Murid dikehendaki menyenaraikan situasi yang dilihat. 2. Fikirkan situasi tersebut. 3. Murid mengemukakan soalan yang berkaitan. Gambar yang berikut menunjukkan peranan Stadium Merdeka. Secara berkumpulan, bincangkan soalan yang berikut: (a) Ceritakan peristiwa yang anda lihat di dalam gambar di atas. (b) Bincangkan keistimewaan Stadium Merdeka. (c) Stadium Merdeka pernah dirancang untuk dirobohkan bagi memberikan laluan pada pembinaan projek komersial bersepadu. i. Sebagai generasi yang cinta akan warisan sejarah, mengapakah anda perlu membantah usaha tersebut? Berikan alasan anda. ii. Apakah peranan anda untuk memelihara dan memulihara tempat bersejarah di negara kita? Bola sepak kelayakan Olimpik 1980. Sambutan Kemerdekaan 1959. Sukan Southeast Asian Peninsular (SEAP) 1965.

251 10 BAB 1. Kamus Dewan mentakrifkan kemerdekaan sebagai A. naungan kebebasan B. bebas daripada penjajah C. kuasa menentukan hala tuju D. bersatu menentang kuasa luar 2. Apakah kepentingan lambang tersebut? A. Menunjukkan ketelusan B. Mempamerkan kehebatan C. Mewujudkan semangat berdikari D. Melahirkan semangat cinta akan negara 3. Mengapakah Bank Negara diwujudkan pada awal kemerdekaan negara kita? A. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi B. Membantu penduduk luar bandar C. Membuka peluang pekerjaan D. Menarik pelabur luar 4. Apakah tujuan Rancangan Buku Merah? A. Membuka tanah besar-besaran B. Menstabilkan kewangan negara C. Menyediakan peluang pekerjaan D. Memantau projek pembangunan Jata Negara 1957.

252 10 BAB 5. Lagu Negaraku dipilih sebagai lagu kebangsaan. Lagu ini berasal daripada lagu Terang Bulan dari negeri Perak. (a) Nyatakan mesej yang terdapat dalam lirik lagu Negaraku. (b) Apakah kepentingan lagu kebangsaan kepada sesebuah negara? (c) Bagaimanakah anda menghayati lirik lagu Negaraku dalam kehidupan harian? 6. Soalan yang berikut berdasarkan petikan di bawah. Parti-parti politik itu walaupun mempunyai fahaman yang berlainan dengan Perikatan, tetapi mereka bertujuan sama, iaitu memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. (Tunku Abdul Rahman) (a) Pada pendapat anda, mengapakah Tunku Abdul Rahman memberikan ucapan sedemikian? (b) Apakah sifat mulia Tunku Abdul Rahman berdasarkan ucapan ini? (c) Mengapakah semua parti politik perlu meraikan Hari Kemerdekaan negara kita tanpa mengira ideologi masing-masing? (d) Bagaimanakah anda boleh memainkan peranan untuk menggerakkan masyarakat meraikan Hari Kemerdekaan negara? 7. Gambar menunjukkan peristiwa yang berlaku pada malam 31 Ogos 1957. (a) Ceritakan detik Perisytiharan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. (b) Apakah yang dapat anda tafsirkan melalui gambar A dan gambar B? (c) Bagaimanakah anda dapat menjiwai detik bersejarah di sebelah? Gambar A Menurunkan bendera Union Jack. Gambar B Menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu. Sumber: Malaysia. Arkib Negara Malaysia, 2006. Arkib Warisan Eksklusif. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

253 10 BAB Nilai, Patriotisme dan Iktibar • Kita hendaklah menghargai pejuang terdahulu yang berusaha untuk menebus maruah negara yang dijajah oleh kuasa luar. • Kemerdekaan negara yang dicapai dengan rundingan tanpa pertumpahan darah memperlihatkan kebijaksanaan pemimpin negara dalam usaha mencorakkan masa depan negara dengan harmoni. • Permuafakatan, toleransi dan sayang-menyayangi antara kaum sejak sekian lama perlu dipertahankan agar kedaulatan negara terus berkekalan. Diri dan keluarga Bersyukur dengan perjuangan generasi terdahulu yang sanggup berkorban untuk keselesaan dan kemakmuran generasi kini dan akan datang. Negara Tanggungjawab mengekalkan kedaulatan negara merupakan agenda negara yang perlu ada pada setiap jiwa warganegara Malaysia. Anggota keselamatan sentiasa bersiap sedia mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Sumber: Pusat Maklumat Utusan dan Unit Foto Utusan Melayu (M) Bhd.

254 BIBLIOGRAFI A. Rahim Abdullah, 2019. Pungguk Nasionalis dan Pemikir Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abd. Manaf Ahmad, 2009. Kontrak Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdullah Zakaria Ghazali 2008. “Raja, Negeri dan Perlembagaan” dlm. Sivachandralingam Sundara Raja (ed.) Sejarah Masih Relevan. Shah Alam: Karisma Publication, hlm 24. Abdul Halim Ramli, 2015. Perlembagaan Malaysia, Isu dan Persoalan Perhubungan Kaum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Latif Abu Bakar (ed.), 2013. Gerakan Patriotisme dan Kebangsaan dalam Peradaban Malaysia. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Abdul Rahman Haji Ismail, 1995. “Nasionalisme Melayu dan Nasionalisme Setanah Melayu: Satu Perbincangan Tentang Soal Permulaannya” dlm. Abu Talib dan Cheah Boon Kheng. Isu-isu Pensejarahan (Esei Penghargaan kepada Dr. R. Suntharalingam). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Abdul Rahman Haji Ismail (Penyl.), 2007. Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rahman Haji Ismail dan Azmi Arifin (ed.), 2016. Sejarah Malaysia: Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan dan Kemerdekaan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Abdul Rahman Haji Ismail dan Mahani Musa, 2011. Akhbar dan Tokoh Persuratan Malaysia Kurun ke-20. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Abdul Rahman Haji Ismail, Azmi Arifin dan Nazarudin Zainun, 2006. Nasionalisme dan Revolusi di Malaysia dan Indonesia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Abu Abd Al-Halim, 2014. Ketenteraan dan Peperangan Senjata, Taktikal dan Teknologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abu Hassan Sham dan Mariyam Salim, 1995. Sastera Undang-Undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abu Talib Ahmad, 2017. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Fazwi Mohd. Basri, Mohd. Fo’ad Sakdan, Azami Man, 2002. Sejarah Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Ibrahim, Ahilemah Joned, 2015. Sistem Undang-undang di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Kamal Arifin Mohd. Rus. “Perang Dunia Pertama dalam Sejarah Tanah Melayu: Analisis Terpilih Mengenai ‘Penglibatan’ Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1914–1918” dlm. Jurnal Sejarah, Vol. II No. II, hlm. 17–39, 2003. Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus dan Noor Ain Mat Noor, 2015. Dasar dan Tadbir dalam Sejarah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Ahmat Adam, 2014. Melayu Nasionalisme Radikal dan Pembinaan Bangsa. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Albert Lau, 1991. The Malayan Union Controversy 1942–1948. Singapura: Oxford University Press Pte. Ltd. Anbalakan K., 2016. Identiti India di Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Anuar Abdullah, 2004. Biografi Dato’ Onn Hidup Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Ariffin Omar, 2015. Bangsa Melayu, Konsep Bangsa Melayu dalam Demokrasi dan Komuniti, 1945–1950. Selangor: Strategic Information and Research Development Centre, Penang Institute. Azharudin Mohamed Dali, 2015. Tamadun India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azharudin Mohamed Dali, Ridzuan Hasan dan Muslimin Fadzil, 2018. Sejarah Tingkatan 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azima Abdul Manaf, 2017. Makna Pemilikan dan Persempadanan Tanah Adat. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Azman Md Zain dan Mahyuddin Abu Bakar. “Pemikiran Politik Sayyid Jamal al-Din al-Afghani Mengenai Konsep Pembinaan Peradaban Ummah & Respons Masyarakat Terhadapnya” dlm. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 8, 2007. Azmi Arifin dan Abdul Rahman Haji Ismail (ed.), 2016. Di Sebalik Tabir Sejarah Politik Malaysia 1945–1957. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Bob Reece, 1998. Masa Jepun: Sarawak Under The Japanese 1941–1945. Kuching: Sarawak Literary Society. Chavan, R.S., 1973. Nationalism in Asia. New Delhi: Streling Publisher. Cheah Boon Kheng, 2003. The Encyclopedia of Malaysia, Early Modern History. Kuala Lumpur: Didier Millet. Cheah Boon Kheng, 2017. Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict During and After the Japanese Occupation, 1941–1946. Edisi keempat. Singapura: NUS. Cindy Adams, 2007. Bung Karno Penyambung Lidah Rakyat Indonesia. Yayasan Bung Karno. Duncan Hill (ed.), 2009. Chronicle of War 1914 to the Present Day. Herfordshire. United Kingdom: Transatlantic Press. Eko Prayitno Joko, Zaini Othman dan Saat Awg Damit, 2018. Gerakan Berpolitik Bumiputera Islam di Sabah (1938– 1963). Kota Bahru: Kedai Hitam Putih.

255 Bibliografi Fernando, J.M., 2002. The Making of The Malayan Constitution. MBRAS Monograph No.31.2002. Fernando, J.M., 2009. The Alliance Road to Independence. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Fernando, J.M., 2014. Perkembangan Persekutuan: Perbandingan antara Malaysia dengan Amerika Syarikat. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Fernando, J.M., Zulkanain Abdul Rahman dan Abdullah Zakaria Ghazali, 2013. E.E.C. Thuraisingham A Malaysian Patriot. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Ghazali Shafie, 2001. Malay Nationalism and Globalisation. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Gullick J.M, 1988. Indigenous Political Systems of Western Malaya. London, Atlantic Highlands, New Jersey: The Athlone Press. Gurchan Singh, 1982. Singa, The Lion of Malaya: Being the Memoirs of Gurchan Singh. Petaling Jaya: Eastview. Halal Ismail, Ab. Rashid Mohamad dan Selamat Sainayunie, 2004. Sejarah Bergambar Institusi Polis di Malaysia. Edisi kedua. Selangor: Muzium PDRM. Hans Kohn, 1961. The Idea of Nationalism. New York: Macmillan Pub. Co. Hashim Fauzy Yaacob, 2013. Kedudukan Orang Melayu Sarawak di Bawah Penjajahan British 1946–1963. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Heng Pek Koon, 1988. Chinese Politics in Malaysia: A History of the Malaysia Chinese Association. Singapura: Oxford University Press. Ho Hui Ling, 2004. Darurat 1948–1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Ho Hui Ling, 2015. Pembanterasan Komunis di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Ian Ward dan Ralph Modder, 1991. Battlefield Guide to the Japanese Conquest of Malaya and Singapore, December 1941– February 1942. United Kingdom: Ashgate Publishing. Ibrahim Mahmood, 1981. Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara. Ishak Saat, 1964. Malaysia 1945–2000. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ismail Said, 2008. Dr. Burhanuddin al-Helmi: Pejuang Melayu Sejati. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. Ismail Yusoff, 2004. Politik dan Agama di Sabah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Ja’afar Onn, 2007. UMNO dan Malayan Union. Selangor: MPH Group Publishing Sdn. Bhd. Jelani Harun, 2008. Undang-Undang Kesultanan Melayu dalam Perbandingan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Jelani Harun, 2009. Bustan al-Salatin: A Malay Mirror for Rulers. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. John R. Clammer, 1980. Straits Chinese Community. Singapura: Singapore University Press. K.J. Ratnam, 1969. Paham Perkauman dan Proses Politik di Malaya. Diterjemah oleh Kassim Ahmad. Kuala Lumpur: University Malaya Press. Kalthom Hussain, 2015. Razak Sensei Pemangkin Jalinan Malaysia-Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Khasnor Johan, et al., 1996. Sejarah Peradaban Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Khoo Kay Kim. “Nasionalisme dan Sastera Sebelum Perang Dunia II” dlm. Dewan Sastera, 15 Ogos 1984. Khoo Kay Kim. (ed.), 1985. Sejarah Masyarakat Melayu Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Kua Kia Soong, 2011. Patriots & Pretenders: The Malayan Peoples’ Independence Struggle. Selangor: SUARAM. Liaw Yock Fang, 1976. Undang-Undang Melaka (The Law of Malacca). The Hague:Martinus Nijhoff. M. Rajendran, 1998. Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Penerbitan Arenabuku. Malaysia. Arkib Negara Malaysia, 2006. Arkib Warisan Eksklusif. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Malaysia. Arkib Negara Malaysia, 2007. Merintis Denai Demokrasi. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia. Malaysia. Jabatan Warisan Negara, 2007. Merdeka Obor Satu Perjuangan. Kuala Lumpur: Jabatan Warisan Negara. Malaysia. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dan Jabatan Muzium dan Antikuiti, 2003. Di Atas Runtuhan Kota Melaka Kita Dirikan Negara. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dan Jabatan Muzium dan Antikuiti. Mandela, Nelson, 1994. Long Walk to Freedom. Diterjemahkan oleh Alina Abdullah. Selangor: IBDE Ilham Sdn. Bhd. (Jalan Berliku Menuju Kebebasan). Masariah Mispari. 2003. Sejarah Tingkatan 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mashitah Sulaiman, 2004. Islam dan Pembinaan Peradaban Turki Moden Melalui Proses Politik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Mazlan Nordin, 2009. Tokoh Akhbar Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Zamberi Abdul Malek, 2009. Harimau Malaya: Biografi Tengku Mahmood Mahyiddeen. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohamad Idris Saleh, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie, 1994. Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

256 INDEKS A.M. Soosay 41 Abdul Rahim Kajai 38-39 Abdul Razak Hussein 206-207, 216 Abdul Wahab Abdul Aziz 102, 186 Ahmad Boestamam 33, 184, 216 akhbar 36, 38 All Malaya Council of Joint Action 128, 186 Angkatan Pemuda Insaf 172, 184 Barisan Pemuda Sabah 116, 185 British Military Administration 94-95, 102, 114 Burhanuddin al-Helmi 23, 33, 184, 186 Cession Bill 108 darurat 148, 162-163 dasar pendudukan Jepun 70-71 E.E.C. Thuraisingham 43, 174-175, 216 empayar Uthmaniyah 27, 54 Force 136 76-77 gabungan PUTERA-AMCJA 128-19 gerakan Islah 27 gerakan Pan-Islamisme 27 golongan intelektual 36, 42 golongan nasionalis Melayu radikal 128-129 H.S. Lee 185, 216 Harold MacMichael 98, 102 Hizbul Muslimin 173 Hukum Kanun Melaka 10 idea negara merdeka 172 Imam Suhaili Yaakub 116, 185 Independence of Malayan Party 173, 184 Ishak Haji Muhammad 33, 184 Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum 137, 174, 176 Jawatankuasa Kerja 126 John Thivy 128 Jose Rizal 28 jus soli 135, 223 kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu 206 kemunculan gerakan nasionalisme 34 kesan kemerdekaan 242-245 Kesatuan Melayu Muda 40, 172 Kesatuan Melayu Singapura 40 Kesultanan Melayu Melaka 6, 8 Konvensyen Kebangsaan 187 lambang kebesaran 7 Leong Yew Koh 206-207 Mahathir Mohamad 234-235 Majlis Perundangan Persekutuan 204 Maktab Melayu Kuala Kangsar 37 Maktab Perguruan Sultan Idris 37 Malayan Chinese Association 161, 173, 185 Malayan Indian Congress 173, 185 Malayan People’s Anti-Japanese Army 75, 147 Malayan Union 96-97, 100-101 nasionalisme 22, 24, 26, 33, 102 negara bangsa 4-6 Ong Yoke Lin 206 Onn Jaafar 175, 178, 184, 223 Operasi Semut 79 Parti Islam Se-Tanah Melayu 173, 184 Parti Kebangsaan Melayu Labuan 81, 173, 185 Parti Kebangsaan Melayu Malaya 172, 184 Parti Komunis Malaya 75, 84, 147,150 Parti Negara 184, 216, 223 pasukan keselamatan 152-155 peluasan kuasa Jepun 64-66 pemasyhuran kemerdekaan 236-239 Pembesar Empat Lipatan 8 penyerahan Sarawak 107-109 Perang Dunia Kedua 58, 60, 64, 66, 82 Perang Dunia Pertama 54, 56 Pergerakan Pemuda Melayu 172, 184 peristiwa bersejarah 240-241 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 130-132, 134 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 224 Perlembagaan Rakyat 130-131 Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak 172, 184 Persaudaraan Sahabat Pena 40, 116 Persekutuan Tanah Melayu 126 pilihan raya 196-198, 203 prinsip kedaulatan 246-247 Raja-raja Melayu 85, 98-99, 100, 136 Rancangan Briggs 157 Rundingan Baling 160 rundingan kemerdekaan 218 Sistem Ahli 178-179 Sistem Pendidikan Kebangsaan 180 Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 220-222 Syed Sheikh al-Hadi 33, 36 Tan Cheng Lock 41, 175, 184, 186-187 Tunku Abdul Rahman 187, 199, 205, 216, 219 Undang-Undang Laut Melaka 11 United Malays National Organisation 106, 184 V.T. Sambanthan 206-207 Vyner Brooke 92, 108-109 wakil kerajaan British 98, 126 wakil Raja-raja Melayu 126-127, 216, 218 Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) 33, 42, 102 Zakaria Gunn 81, 185 Senarai Jawapan


Sejarah Tingkatan 4 KSSM - Flip eBook Pages 251-264 (2025)
Top Articles
Latest Posts
Recommended Articles
Article information

Author: Golda Nolan II

Last Updated:

Views: 5551

Rating: 4.8 / 5 (58 voted)

Reviews: 81% of readers found this page helpful

Author information

Name: Golda Nolan II

Birthday: 1998-05-14

Address: Suite 369 9754 Roberts Pines, West Benitaburgh, NM 69180-7958

Phone: +522993866487

Job: Sales Executive

Hobby: Worldbuilding, Shopping, Quilting, Cooking, Homebrewing, Leather crafting, Pet

Introduction: My name is Golda Nolan II, I am a thoughtful, clever, cute, jolly, brave, powerful, splendid person who loves writing and wants to share my knowledge and understanding with you.